Sunday, May 30, 2010

Rombongan Pelajar SMK Abu Bakar Al-Baqir - Bagan Serai



Terima kasih kepada rombongan dari SMK Abu Bakar Al-Baqir Bagan Serai! Jumlah Pelajar adalah seramai 41 orang. 2 buah homestay telah dibooked oleh Cikgu Nizam untuk 4 Hari 3 Malam dari 28 Mei hingga 31 Mei 2010 .. Pelajar perempuan dan lelaki telah diasingkan ke rumah masing masing.

Cikgu Nizam juga telah menempah konsep "Melancong Sambil Berjimat". Makanan Malam & Sarapan telah disediakan bagi semua pelajar. Malam pertama kami telah menghidangkan menu yang tak lain dan yang tak bukan iaitu Masak Asam Pedas. Malam kedua dengan Masak Lemak dan Malam ketiga dengan Nasi Ayam.

Harap anda selesa di penginapan kami dan seronok menjelajah ke seluruh Melaka Negeri Bersejarah! Jumpa lagi akan datang!!


http://www.homestaymelaka.com
Join Facebook HomestayMelaka

Saturday, May 15, 2010

Rombongan dari Kangar Perlis




Seramai 80 orang rombongan dari Kangar Perlis telah memilih HomestayMelaka.com sebagai tempat penginapan mereka. Rombongan yang berasal dari Kampung Telok Kacang dan Kampung Jarak telah menempah sebanyak 4 buah homestay iaitu Homestay LP, Homestay MJ1, Homestay KT dan Homestay BC.

Terima kasih kepada Puan Rosmah diatas sokongan yang telah diberi kepada pihak kami dah harap kita bertemu lagi dimasa hadapan.

----------------------------------------------

Kepada Guru / Ketua Rombongan / JKKK / Ketua Pasukan:

Kos tempat tinggal bagi rombongan pelajar/dewasa kini menjadi aspek utama ketika melancong ke sesebuah negeri. Harga hotel yang mencanak tinggi dan jumlah yg dibenarkan tinggal sebilik yg terhad telah menjadi igauan dari segi perbelanjaan.

Kini kami menyediakan tempat tinggal homestay bagi kumpulan dalam bilangan besar yang ingin melancong ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Dengan adanya 5 buah homestay dibawah jagaan kami, kami yakin dapat menampung keperluan anda. Kami juga ada menyediakan konsep "Melancong sambil Berjimat" iaitu penyediaaan Makanan dan Minuman untuk rombongan, jadi Tuan/Puan tidak perlu untuk makan di luar yang pastinya mahal dan tidak terkawal. Hubungi kami untuk menempah bagi rombongan!

Rafi
0126774777

Homestay Melaka memang berbaloi!
http://www.homestaymelaka.com